Abu Bakr ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Pesuruh Allah, Moga kesejahteraan da keselamatan sentiasa ke atas baginda, bersabda
‘’  Pasti akan tiba satu waktu ke atas manusia dimana tiada lagi makna pada  penyimpanan kepada Dinar dan dirham. ‘’ (Musnad imam Ahmad bin Hanbal)
Sejarah Dinar dan Dirham
Pada  permulaan sejarah bangsa muslim, kita menggunakan dinar dan dirham  dalam urusan muamalat dan dinar dan dirham yang digunakan dibuat oleh  orang-orang Parsi.
Syiling pertama yang didatakan milik kepada  muslim adalah salinan dirham perak kerajaan Sassanid Yezdigird III ,  dibuat pada zaman khalifah Usman , Moga Redha Allah keatas beliau.
Syiling  ini berbeza dari yang asal yang mana terdapat ukiran berbahasa arab  pada sekeliling syiling dengan ukiran yang biasa dibaca ‘’ Dengan Nama  Allah.’’ Sejak itu, penulisan berbahasa Arab ‘’Dengan Nama Allah’’ dan  ayat dari alquran menjadi kebiasaan dalam pembuatan syiling-syiling oleh  bangsa Muslim.
Diketahui umum bahawa setiap pembuatan  syiling-syiling ini berada di bawah satu standard yang dinamakan  Standard Khalifah Umar, yang mana berat 10 syiling dirham bersamaam  dengan 7 Dinar (Misqal)
Pada tahun 75 hijriah (695) masihi,  Khalifah Abdalmalik mengarahkan AlHajjaj untuk membentuk dirham pertama,  seterusnya menyediakan standard Umar alkhattab secara formal.
Pada  tahun berikutnya, beliau mengarahkan agar semua negeri muslim perlu  untuk mencetak wang dirham. Arahan itu juga meminta agar ditulis kalimah  ‘’ Allah itu unik, dan Allah itu kekal abadi. ‘’
Beliau  mengarahkan agar membuang semua bentuk-bentuk fizikal manusia dan  binatang dari syiling-syiling dan digantikan dengan ayat-ayat dan  tulisan-tulisan.
Arahan ini seterusnya dibawa merentas seluruh  sejarah bangsa Muslim. Dirham dan Dinar adalah berbentuk bulat dan  tulisan diukir dalam membentuk bulatan.
Kebiasaanya, pada satu  bahagian diukir tahlil (la ilaha illallah) dan tahmid (Alhamdulillah).  Dan pada satu bahagian lagi diukir nama Pemerintah dan tahun.
Kemudiannya,  ianya menjadi kebiasaan untuk memperkenalkan Nabi yang tersayang,  Selawat dan salam ke atas baginda, dan kadang-kadang ayat-ayat alquran.
Syiling  emas dan perak kekal sebagai mata wang rasmi sehinggalah kejatuhan  khalifah. Bermula dari itu, muncul perlabagi matawang kertas yang dibuat  di setiap negeri selepas dari zaman kolonialisasi negeri-negeri yang  dahulunya dibawah Negara Islam.
Allah menyatakan di dalam alquran,
‘’dan  dari kalangan Ahli-ahli kitab,ada dikalangan mereka jika kamu  mengamanahkan mereka degan perbendaharaan (qintar) , mereka akan  mengembalikannya smeula kepada kamu. Dan dari kalangan mereka , jika  kamu mengamanahkan dengan satu dinar mereka tidak akan mengembalikannya  semula kepada kamu melainkan jika kamu mendesak mereka dengan desakan  yang hebat’’ 3:75
Qadi Abu Bakr ibn Alarabi , ulama tersohor  dalam Undang-undang Alquran menukilkan di dalam bukunya yang termasyhur  ‘’ahkam alquran’’ berkaitan ayat ini.
‘’kebaikan yang boleh diambil dari ayat ini adalah larangan dari mempercayai golongan ahli kitab dengan benda-benda berharga’’
Qadi  Abu Bakar berkata ; “Persoalan berkaitan kepercayaan hakmilik telah pun  digubalkan di dalam Al Quran.” Ini bermaksud bahawa pertimbangan ayat  tersebut adalah sahih dengan penuh kepentingan.
Mempercayakan  kekayaan kepada yang bukan seagama dilarang sama sekali, tambahan  mengambil rakan dalam perniagaan yang berlainan daripada Dar al Islam  (Negara Islam – dimana kita menguasai mereka) adalah dilarang sama  sekali kerana kemungkinan ditipu atau mereka menyalahgunakan kekayaan  itu kepada urusniaga yang dilarang.
Sejak wang kertas menjadi  janji pembayaran,mungkinkah ia dibenarkan untuk mempercayai emiten,  sementara mereka memegang bayaran (milik kita) di luar bidang kuasa  kita? Sejarah juga berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas telah  menjadi alat kekal dalam menipu umat Muslim. Selain itu, undang-undang  Islam juga tidak membenarkan penggunaan janji bayaran sebagai media  pertukaran.
Mengetahui permulaan sejarah wang kertas sebagai  janji pembayaran emas memungkinkan kita memahami bagaimana wang kertas  adalah hutang dijadikan sebagai matawang.
Kemudian apabila wang  kertas dijadikan secara penuh bebas dari emas pada 1971 oleh Richard  Nixon, maka wang kertas menjadi sepenuhnya penipuan terancang dalam  menipu bangsa muslim bagi mengutip barang-barang berharga dari bumi  muslim seperti minyak, gas asli, emas, berlian , makanan dan digantikan  atau dibayar hanya dengan kertas yang boleh dicetak tanpa apa-apa  sandaran.
APAKAH ITU DINAR DAN DIRHAM?
Menurut  undang-undang Islam, dinar mempunyai berat bersih 22k emas yang  bersamaan dengan 4.25 gram. Dirham pula mempunyai berat bersih 3.0 gram  perak tulin. Umar Ibn al Khattab membentuk hubungan serasi yang dikenali  antara mereka berdasarkan pada berat mereka iaitu “”7 dinar seharusnya  bersamaan dengan 10 dirham.”
Pendedahan yang dilakukan membawa  banyak penilaian bersama, contohnya, zakat, perkahwinan, hudud dan  lain-lain. Oleh itu, pendedahan tersebut haruslah mempunyai realiti dan  ukuran yang khusus untuk penilaian zakat dan lain-lain, dimana ia boleh  didasarkan bukan sahaja pada syiling yang lain.
Ketahuilah bahawa  adanya konsensus (ijma) semenjak permulaan Islam dan zaman usia sahabat  dan pengikutnya, bahawa dinar syariat adalah sama beratnya dengan 10  berat / 7 mitqals (unit ukuran dinar) emas. Berat satu mitqal emas  adalah bersamaan dengan 72 butir gandum sehingga dirham yang 7/10 itu 50  dua perlima butir. Segala ukuran yang jitu ditetapkan oleh konsessus  Ïbnu Khaldun. AL Muqaddimah.
CARA-CARA DINAR DIGUNAKAN.
1- Dinar Islam boleh digunakan untuk penabungan/penyimpanan kerana mereka mempunyai nilai yang tersendiri.
2- Digunakan untuk membayar zakat dan wang hantaran/mas kahwin seperti yang diperlukan dalam undang-undang Islam.
3- Digunakan dalam urus niaga jual beli sejak mereka merupakan media pertukaran yang sah. 
 
