Gold Investment

Emas nugget palsu jangan tertipu

Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).

Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan. Selepas belek 2-3minit, saya rasa lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.

Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.

Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.

nugget emas palsu dalam bentuk chips

nugget emas palsu dalam bentuk chips

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen  (gambar hiasa, model: anep)

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasan, model: anep)

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas,  tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Perangi emas palsu dipasaran negara

Perangi emas palsu dipasaran negara

Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

sumber: http://www.hafizjewel.com/uncategorized/emas-nugget-palsu-jangan-tertipu/