Gold Investment

Harga emas bukan segalanya

Melihat trend harga emas yang menaik dan menurun, banyak kawan-kawan yang bertanya waktu bila kita harus membeli emas? Saya membeli emas untuk jangka masa sederhana (1-5 tahun) dengan tujuan melindungi nilai aset terutamanya daripada inflasi. Secara diam-diam inflasi merompak asset anda dengan cara mururunkan daya beli wang. contohnya wang rupiah Indonesia (inflasi terburuk dalam 10 tahun pernah mencapai 78%). mata wang dunia yang selama ini dianggap kuat iaitu dollar Amerika dalam 8 tahun terakhir daya belinya terhadap emas tuhun tinggal 29% dan dalam 40 tahun terakhir daya beli dollar Amerika terhadap emas tinggal 4% sahaja.

Kuasa beli dollar yang menurun

Perbandingan kuasa beli wang dollar dengan emas

contoh negara yang telah mengalami hyper inflasi

kesan inflasi terhadap wang anda

Pertimbangan harga Emas sering menjadi faktor utama bagi kebanyakan orang, tapi sayangnya ini bukanlah alasan yang tepat. Harga hanya merupakan pertimbangan penting kedua. Berikut ini adalah tulisan dari James Turk di www.KitCo.com, ia adalah pendiri dan chairman dari GoldMoney.com dan juga salah satu penulis buku yang menghebohkan The Coming Collapse of The Dollar.

Pertimbangan membeli Emas yang lebih penting adalah:

  1. Motivasi untuk strategi financial. Emas sudah terbukti dan teruji dalam merentasi waktu yang sangat panjang dalam melawan Inflasi. Orang cenderung akan membeli Emas apabila ia tahu inflasi akan memburuk.
  2. Pelaburan emas untuk mengharapkan dapat membeli jumlah barang yang lebih banyak dalam beberapa tahun yang akan datang, pada umumnya bukanlah alasan yang tepat. Tetapi dengan Emas pula ada jaminan bahawa kita akan dapat membeli jumlah barang yang sama (tidak berkurang) dalam beberapa puluh tahun kedepan. Jadi Emas adalah alat untuk mempertahankan kemakmuran, tetapi bukan untuk meningkatkan. Saya jadi ingat kata-kata Tung Desem W, “EMAS TIDAK MEMBUAT ORANG MAKIN KAYA, TAPI EMAS MEMBUAT ORANG TETAP KAYA”. Hehehe… pendapat itu mungkin saat ini harus diubah sekarang… James Turk dan Tung Desem belum tahu teknik manambah emas dengan teknik tertentu Emas ini boleh membuat kita makin kaya….
  3. Wang Kertas hanya dapat menyimpan nilai sementara, kalau kelamaan kita menyimpannya , maka daya belinya pasti turun. Sebaliknya Emas terbukti menjadi penyimpan nilai yang kekal, daya belinya tidak menurun dengan berlalunya waktu.
sumber: semua saudara